Pas dalam satu kenyataan hari ini menerima keputusan dengan reda dan hati terbuka serta menganggap keputusan itu sebagai ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tersendiri. Pas akan berbincang dengan parti-parti komponen di dalam Perikatan Nasional berhubung tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama dalam pembentukan kerajaan perpaduan.